Sunday, August 22, 2010

Riwayat Hidup Carl Rogers

Riwayat Hidup Carl Rogers

Carl Rogers dilahirkan di Oak Park, Illionis, Amerika Syarikat pada 8 Januari 1902. Beliau adalah anak ke 4 dari keluarga yang mempunyai lima orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Sejak kecil, beliau menerima didikan yang sangat kukuh mengenai kerja keras dan nilai agama Protestan. Oleh sebab itulah, kedua-dua nilai ini beliau terapkan di dalam semua teori yang beliau hasilkan. Ketika Rogers berusia 12 tahun, keluarganya pindah ke sebuah daerah pertanian 30 batu sebelah timur Chicago, dan di tempat inilah dia mengahabiskan usia remajanya.

Dengan pendidikan yang keras dan kegiatan yang padat, keperibadian Carl Rogers menjadi agak berdikari dan sangat disiplin. Pada tahun keduanya di University of Winconsim, Roger telah memutuskan untuk menjadi seorang pendeta dengan kemudian ia menuntut ilmu di Union theological seminary, New york, dimana interaksinya dengan orang banyak membuatnya sedar bahawa beliau tidak dapat membatasi dirinya pada bidang Agama saja dan akhirnya ia masuk ke Theachers college di Colombia University sehingga lulus pada 1931. Di Colombia, beliau dipengaruhi oleh idea-idea John Dewey, leta Holling Worth dan William Kilpatrick.

Selain itu, Rogers juga pernah bekerja sbg psikoterapis dan dari profesionnya inilah ia mengembangkan teori humanistiknya. Dalam konteks terapi, ia menemukan dan mengembangkan teknik terapi yang dikenal sebagai Client-centered Therapy. Dibandingkan teknik terapi yang ada masa itu, teknik ini adalah pembaharuan kerana mengasumsikan posisi yang sejajar antara terapis dan pelanggan(klien). Hubungan terapis-klien diwarnai kehangatan, saling percaya, dan klien diberikan diperlakukan sebagai orang dewasa yang dapat mengambil keputusan sendiri dan bertanggungjawab atas keputusannya. Tugas terapis adalah membantu klien mengenali masalahnya, dirinya sendiri sehingga akhrinya dapat menemukan penyelesaian bagi dirinya sendiri.

Sebagaimana ahli humanistic umumnya, Rogers mendasarkan teori dinamika keperibadian pada konsep aktualisasi diri. Aktualisasi diri adalah daya yang mendorong pengembangan diri dan potensi individu, sifatnya bawaan dan sudah menjadi cirri seluruh manusia. Aktualisasi diri yang mendorong manusia sampai kepada pengembangan yang optimal dan menghasilkan ciri unik manusia seperti kreativiti, inovasi, dan lain-lain.

Carl Rogers akhirnya meninggal dunia pada tahun 1988 iaitu ketika berumur 86 tahun dan sehingga kini teori-teorinya masih menjadi bahan rujukan di dalam bidang pendidikan.

No comments:

Post a Comment