Sunday, August 22, 2010

PEMBELAJARAN MELALUI KAUNSELING MODEL PENGAJARAN PERSONAL


Model tidak direktif (non_directive) oleh Carl Rogers menggambarkan falsafah dan teknik pengajaran model personal. Model ini ingin membentuk satu komuniti pelajar yang berdisiplin diri serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.
            Rogers (1982) dan beberapa orang penyokong model kaunseling tidak direktif dam mereka percaya bahawa manusia akan berkembang dengan perhubungan manusia yang positif. Oleh yang demikian, pengajaran yang berfokuskan hubungan manusia berbanding pengajaran konsep mata pelajaran. Rogers menggunakan terapi sebagai cara pengajaran.
            Bagi model ini, guru dianggap sebagai kaunselor, di mana penekanan terhadap pakatan antara guru dam murid dalam pengajaran. Guru memain peranan sebagai fasilitator kepada pelajar untuk membimbing mereka bagaimana boleh memahami peranan dan memain peranan utama dalam pembelajaran mereka. Antaranya, guru membantu pelajar mengarah diri masing-masing demi pencapaian matlamat kendiri. Dalam proses perkembangan diri, guru memberikan maklum balas tentang kemajuan diri dan membantu pelajar menyelesaikan masalah jika ada. Yang penting guru meewujudkan pakatan dengan pelajar bertujuan untuk membimbing dan membantu mereka sepanjang penyelesaian tugasan dan masalah. 
            Mengikut Joyce et al., (2002), antara tujuan model non-directive termasuklah:
1.    Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi yang lebih tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri, penghargaan diri yang realistic dan perasaan empati terhadap orang lain.
2.    Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan aspirasi pelajar, di mana setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar.
3.    Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.

Sebagaimana yang termaktub dalam pengajaran mengikut Rogers, pertemuan dengan pelajar harus wujud suatu persekitaran yang penuh kasih sayang, keyakinan, empati dan saling memahami. Guru akan membantu pelajar memahami bagaimana menghadapi tugasan serta bagaimana menuju kea rah penyempurnaan kendiri.
Proses pembelajaran sebegini bermula dengan guru membantu pelajar memperjelas masalah. Kemudian, pelajar dibantu kea rah bertanggungjawab terhadap perubahan tingkah laku untuk menyelesaikan masalah. Guru juga akan membantu pelajar mencuba dan membuat refleksi terhadap keputusan yang dibuat dalam percubaan tersebut. Disamping itu, pelajar dibimbing ke arah pembentukan perasaa empati terhadap orang lain dalam persekitaran pembelajaran.




No comments:

Post a Comment