Thursday, August 26, 2010

RUJUKAN

INTERNET


BUKU

1. Tuan Jah Tuan Yusof. (2007). Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.
2. Noriati Arashid, Boon Pong Ying (2009) Murid dan Alam Belajar (Siri Pendidikan Guru) ; Oxford Fajar
3. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2003), PEDAGOGI: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan; PTS Publication & Distribution Sdn.bhd
4. Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

ANALISIS MODEL PENGAJARAN PERSONAL MELAUI TEKNIK SWOT

Strength (Kekuatan)
Weakness (Kelemahan)
Opportunities (Peluang)

Threats
(Ancaman)
Mengeratkan hubungan antara guru dan murid
Murid akan lebih aktif daripada guru
Hubungan guru lebih mesra dan mudah untuk pelajar memahami pengajaran

Sukar
menghormati guru
kerana
menganggap guru
sebagai rakan.
Galakkan pemikiran yang kreatif
Pemikiran kreatif akan ada sekiranya mempunyai emosi yang mantap
Berfikir untuk memperoleh sesuatu yang baik, benar dan tepat.

Pelajar yang
lemah sukar untuk
mendapat perkara
yang difahami
Mempunyai konsep kendiri yang tinggi dan mempunyai domain afektif
Dilatih untuk tidak melakukan kesilapan menjauhi kesilapan. Akan diberi celaan
Membantu mereka membina ilmu pengetahuan yang bakal digunakan pada masa depan

Sukar menerima
hakikat sekiranya
mereka berada di
bawah.
Memberi keyakinan kepada murid
Suka “mengkritik” pandangan orang lain atau memberi pendapat mengenai pandangan orang lain.
Sentiasa mempunyai komunikasi dua hala antara guru dan murid

Murid yang lemah
akan lebih mundur
dan murung
kerana pendapat
mereka sukar
diterima.
Membentuk personaliti murid yang kompeten
Suka mempertahankan hujah berdasarkan kepintaran sendiri lalu mereka merasa tidakperlu meneroka sesuatu perkara dengan lebih mendalam.
Sentiasa mempunyai ciri-ciri untuk berdaya saing yang tinggi

Pelajar yang
lemah akan dibuli
oleh pelajar yang
Pelajar lebih bijak menyelesaikan masalah
Takut membuat kesilapan.
 Pelajar lebih bijak mengatur strategi

Berasa tidak
perlu
mendengar
pendapat lain
yang
bertentangan
dengan ilmu
(kepintaran)
mereka.
Murid- murid akan
menjadi lebih kreatif
dan bebas daripada
kongkongan
pemikiran bersifat
rigid. Mereka akan
memperoleh satu
kerangka pemikiran
dan perspektif yang
baru. Selain itu dapat
memupuk kemesraan
antara satu sama lain
serta menggalakkan
penglibatan yang
aktif.
Guru melahirkan
murid yang tidak
seimbang kerana
hanya menyepadukan
aspek emosi dan
intelek sahaja tanpa
mengambil kira aspek
jasmani, rohani dan sosial.
Dapat menggalakkan sifat berdikari yang
produktif demi
meningkatkan
kesedaran kendiri dan
tanggungjawab
terhadap nasib
masing-masing.

-guru dapat
menggunakan model ini untuk mengubahsuai
persekitaran
pembelajaran murid
dengan meningkatkan
kualiti peribadi serta
perasaan mereka
berasaskan komunikasi yang berkesan.

-mewujudkan
pemahaman yang
sama antara rakan-rakan.

-membolehkan kita lebih memahami diri
kita, bertanggungjawab
atas pendidikan
seterusnya mencapai
tahap perkembangan
yang maksimum.

Dikhuatiri murid
menjadi terlalu aktif
dan menyukarkan
proses pengajaran
dan pembelajaran
guru.
-Melahirkan generasi
yang kurang seimbang kerana
hanya menumpukan
kepada aspek mental
dan emosi sahaj

SEJARAH MODEL PENGAJARAN PERSONAL

Antara(1940):

Pendekatan humanistik Carl Rogers (1902-1987) telah merevolusikan praktis kaunseling dengan cepat. Pendekatan humanistik, kepentingan klien, non-directive kepada individu dapat dilihat dalam tempoh-pendek, lebih berperikemanusiaan, lebih jujur, dan lebih berdikari terhadap klien. Pada awal tahun ini, penerbitan buku Kaunseling dan Psikologi memberi kesan major atas profesion kaunseling (Rogers, 1942). Rogers dan lain-lain dalam pembangunan humanistik kaunseling dan pendidikan telah memberi dorongan besar kepada kaunseling dengan berpindah dari satu orientasi vokasional bimbingan kepada satu yang lebih luas dasarnya. Pendekatan Rogers telah meningkatkan fokus pada kebebasan personal dan autonomi selepas Perang Dunia II (Aubrey, 1977) dan revolusi beliau mempunyai kesan besar atas bidang kaunseling dan psikologi.

Dengan kedatangan Perang Dunia II, kerajaan Amerika Syarikat memerlukan kaunselor dan psikologis untuk bantu dalam memilih dan melatih tentera dan industri (Ohlsen, 1983). Perang tersebut telah membawa satu pandangan baru terhadap lelaki dan wanita kerana wanita terpaksa bekerja semasa krisis perang dan sumbangan mereka terhadap pekerjaan adalah dalam keadaan baik di Amerika Syarikat. Peranan jantina dalam pekerjaan tradisional mula dipersoalkan dan kebebasan persona juga ditekankan.

Antara(1950):

Masa ini memberi kesan yang paling besar atas kaunselor. Pendekatan moralistik beralih kepada humanistik, orientasi non-directive. Peristiwa tersebut secara relatifnya telah mempengaruhi sejarah kaunseling. Perbadanan Keahlian dan Bimbingan Amerika Syarikat (APGA) terbentuk pada tahun 1952 dengan tujuan menyatukan mereka yang berminat dalam bimbingan, kaunseling, dan masalah diri. Ia adalah satu organisasi “berkenaan dengan pendidikan dan bimbingan vokasional serta aktiviti kakitangan lain” (Harold,1985, p.4). APGA adalah organisasi yang menarik berbanding dengan organisasi profesion lain kerana ia tidak menguatkuasakan taraf keahlian (Super, 1955).
Pembentukan Pembahagian Psikologi Kaunseling (Division 17) pada tahun 1952 adalah sebab ahli-ahli Perbadanan Psikologikal Amerika Syarikat (APA) lebih berminat berkhidmat dengan populasi ‘normal’ daripada perlunya psikologis klinikal (Whiteley, 1984). Super (1955) membezakan antara psikologi kaunseling dengan psikologi klinikal iaitu psikologi kaunseling adalah lebih berkait dengan pertumbuhan dan perkembangan normal manusia dan dipengaruhi oleh vokasional kaunseling dan psikoterapi humanistik.

Sunday, August 22, 2010

Fasa- fasa Dalam Model Pembelajaran Non-Directive



Riwayat Hidup Carl Rogers

Riwayat Hidup Carl Rogers

Carl Rogers dilahirkan di Oak Park, Illionis, Amerika Syarikat pada 8 Januari 1902. Beliau adalah anak ke 4 dari keluarga yang mempunyai lima orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Sejak kecil, beliau menerima didikan yang sangat kukuh mengenai kerja keras dan nilai agama Protestan. Oleh sebab itulah, kedua-dua nilai ini beliau terapkan di dalam semua teori yang beliau hasilkan. Ketika Rogers berusia 12 tahun, keluarganya pindah ke sebuah daerah pertanian 30 batu sebelah timur Chicago, dan di tempat inilah dia mengahabiskan usia remajanya.

Dengan pendidikan yang keras dan kegiatan yang padat, keperibadian Carl Rogers menjadi agak berdikari dan sangat disiplin. Pada tahun keduanya di University of Winconsim, Roger telah memutuskan untuk menjadi seorang pendeta dengan kemudian ia menuntut ilmu di Union theological seminary, New york, dimana interaksinya dengan orang banyak membuatnya sedar bahawa beliau tidak dapat membatasi dirinya pada bidang Agama saja dan akhirnya ia masuk ke Theachers college di Colombia University sehingga lulus pada 1931. Di Colombia, beliau dipengaruhi oleh idea-idea John Dewey, leta Holling Worth dan William Kilpatrick.

Selain itu, Rogers juga pernah bekerja sbg psikoterapis dan dari profesionnya inilah ia mengembangkan teori humanistiknya. Dalam konteks terapi, ia menemukan dan mengembangkan teknik terapi yang dikenal sebagai Client-centered Therapy. Dibandingkan teknik terapi yang ada masa itu, teknik ini adalah pembaharuan kerana mengasumsikan posisi yang sejajar antara terapis dan pelanggan(klien). Hubungan terapis-klien diwarnai kehangatan, saling percaya, dan klien diberikan diperlakukan sebagai orang dewasa yang dapat mengambil keputusan sendiri dan bertanggungjawab atas keputusannya. Tugas terapis adalah membantu klien mengenali masalahnya, dirinya sendiri sehingga akhrinya dapat menemukan penyelesaian bagi dirinya sendiri.

Sebagaimana ahli humanistic umumnya, Rogers mendasarkan teori dinamika keperibadian pada konsep aktualisasi diri. Aktualisasi diri adalah daya yang mendorong pengembangan diri dan potensi individu, sifatnya bawaan dan sudah menjadi cirri seluruh manusia. Aktualisasi diri yang mendorong manusia sampai kepada pengembangan yang optimal dan menghasilkan ciri unik manusia seperti kreativiti, inovasi, dan lain-lain.

Carl Rogers akhirnya meninggal dunia pada tahun 1988 iaitu ketika berumur 86 tahun dan sehingga kini teori-teorinya masih menjadi bahan rujukan di dalam bidang pendidikan.

IMPLIKASI MODEL PERSONAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 
Dalam mengaplikasikan model personal, persekitaran pembelajaran perlu diwujudkan supaya individu membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi. Model personal dalam pengajaran dan pembelajaran menekankan individu sebagai insan  yang unik dan cabaran untuk membentuk personaliti yang berintegrasi, penuh keyakinan dan kompeten. Matlamat ini adalah untuk membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan berjaya mencapai penghargaan diri serta keharmonian kendiri. Maka, adalah penting untuk guru membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti yang seimbang.
            Dalam penggunaan model personal, kandungan dan aktiviti tidak dipreskripsikan, tetapi ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi dengan guru. Maka model non-directive ini bergantung pada faktor semulajadi dan bukan ditentukan oleh kesan pengajaran. Kesan pengajaran amat bergantung pada kejayaan pemupukan perkembangan diri pelajar. Oleh itu, guru perlu menyediakan suatu iklim sosial yang mengizinkan pelajar meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekspresi perasaan. Disinilah pelajar perlu diberikan peluang untuk meluahkan perasaan dalam perbincangan individu atau kumpulan.

PEMBELAJARAN MELALUI KAUNSELING MODEL PENGAJARAN PERSONAL


Model tidak direktif (non_directive) oleh Carl Rogers menggambarkan falsafah dan teknik pengajaran model personal. Model ini ingin membentuk satu komuniti pelajar yang berdisiplin diri serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.
            Rogers (1982) dan beberapa orang penyokong model kaunseling tidak direktif dam mereka percaya bahawa manusia akan berkembang dengan perhubungan manusia yang positif. Oleh yang demikian, pengajaran yang berfokuskan hubungan manusia berbanding pengajaran konsep mata pelajaran. Rogers menggunakan terapi sebagai cara pengajaran.
            Bagi model ini, guru dianggap sebagai kaunselor, di mana penekanan terhadap pakatan antara guru dam murid dalam pengajaran. Guru memain peranan sebagai fasilitator kepada pelajar untuk membimbing mereka bagaimana boleh memahami peranan dan memain peranan utama dalam pembelajaran mereka. Antaranya, guru membantu pelajar mengarah diri masing-masing demi pencapaian matlamat kendiri. Dalam proses perkembangan diri, guru memberikan maklum balas tentang kemajuan diri dan membantu pelajar menyelesaikan masalah jika ada. Yang penting guru meewujudkan pakatan dengan pelajar bertujuan untuk membimbing dan membantu mereka sepanjang penyelesaian tugasan dan masalah. 
            Mengikut Joyce et al., (2002), antara tujuan model non-directive termasuklah:
1.    Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi yang lebih tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri, penghargaan diri yang realistic dan perasaan empati terhadap orang lain.
2.    Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan aspirasi pelajar, di mana setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar.
3.    Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.

Sebagaimana yang termaktub dalam pengajaran mengikut Rogers, pertemuan dengan pelajar harus wujud suatu persekitaran yang penuh kasih sayang, keyakinan, empati dan saling memahami. Guru akan membantu pelajar memahami bagaimana menghadapi tugasan serta bagaimana menuju kea rah penyempurnaan kendiri.
Proses pembelajaran sebegini bermula dengan guru membantu pelajar memperjelas masalah. Kemudian, pelajar dibantu kea rah bertanggungjawab terhadap perubahan tingkah laku untuk menyelesaikan masalah. Guru juga akan membantu pelajar mencuba dan membuat refleksi terhadap keputusan yang dibuat dalam percubaan tersebut. Disamping itu, pelajar dibimbing ke arah pembentukan perasaa empati terhadap orang lain dalam persekitaran pembelajaran.